Assalamualaikum ! :D
Sekian lama tidak menconteng dinding ini. Kali ini datangnya dengan sedikit tips menghadapi peperiksaan memandangkan musim exam..:D kepada sesiapa yang sedang dan bakal boleh amalkan tips dibawah! insyaallah kejayaan milik anda. Aminn.. :D
FIRST:
FIRST:
Jangan panik
Sebaik
melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu
membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini.
Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak
sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung
bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat
peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun
soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk
membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di
saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara
output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk
lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan
ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu
cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek
adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun
sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
Nota ringkas
Nota
ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja.
Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar
sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup.
Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan
kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang
cerdas.
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
Kawal emosi
Elak
terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi
di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang
pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana
ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai
makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada
Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan
solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah
ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan
guru.
GOOD LUCK TO ALL!!! :D
GOOD LUCK TO ALL!!! :D
Sumber: Komuniti VF
No comments:
Post a Comment