Thursday 22 December 2011

Salahkah aku berubah menjadi lebih baik ?


“Bukan aku untuk menjadi terlalu baik”

“Belum masa aku berubah untuk menjadi yang baik”

“Itu bukan aku, aku selesa dengan diri sendiri”

“Aku bukan ustazah untuk jadi alim”

           Pernah dengar ayat ini? Jawapan kepada persoalan untuk menjadi lebih baik. Alim? Ustazah? Bertudung labuh itu alim? Bertudung labuh itu digelar ustazah? Mengajak ke arah kebaikan digelar alim?

       Tanpa kita sedari, bertudung labuh, mengajak ke arah kebaikan semua itu kan suruhanNya. Kenapa kita perlu menipu diri kita sendiri untuk berubah ke arah kebaikan? Kenapa perlu menunggu hidayah untuk berubah sedangkan hidayah itu perlu dicari?

“Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu” [surah An-Nur :35 ]

Ada juga segelintir orang mempersoalkan jika aku sudah solat 5 waktu, aku sudah bertudung, jadi apa lagi salahnya? Pernahkah kita terfikir tentang kualiti solat kita? Sudah kusyukkah solat kita? Sudah cukupkah solat kita? Pernahkah juga kita terfikir tentang gaya tudung kita? Masih menutup dadakah tudung kita itu? Sudah tebal dan tidak jarangkah tudung kita itu?


       Hidup ini kadang-kadang boleh juga diumpamakan dengan sistem merit dan demerit di sekolah kita. Kita kumpulkan markah merit kita dengan melakukan perkara-perkara sunat seperti membaca al-quran, berwirid, bersedekah dan sebagainya untuk menutup markah demerit kita. Andai kita ada melakukan kesilapan, ingatlah yang Allah itu maha mengampun, masih belum terlambat untuk kita berdoa memohon ampun dariNya.

      Saya percaya ramai yang berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Ramai juga yang mempunyai keinginan untuk berubah kea rah kebaikan. Cuma menunggu masa dan semangat sahaja barangkali. Ya, semangat untuk berubah itu sangat perlu dan kuatkan hati kita untuk berubah kea rah jalanNya.

“Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri, Sungguh Allah maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam”  [Al-Ankabut : 6]

Ada juga dari kita yang runsing penerimaan orang sekeliling kita akan perubahan kita kelak. Contohnya, mungkin sebelum ini kita bertudung hanya sekadar selempang tetapi akan berubah dengan menggayakan tudung labuh. Penerimaan orang sekeliling itu memang agak mempengaruhi kita, jika penerimaan yang negative dan ia membuatkan kita hilang kawan, anggaplah ia hanya masalah picisan sahaja. Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah” – Al Bukhari & Muslim

Semoga kita wanita-wanita sekalian akan menjadi wanita yang solehah, InsyaAllah.

 :: seronok bila baca kisah-kisah macam nie. -kisahwanita-

5 comments:

  1. tak salah. weh dah baca belog osem yg aku rekomen tuh?? huhu.

    ReplyDelete
  2. dah. :D sangat awesome. tergamam weh. yang paling aku tertarik dia cakap , sesiapa yang anti perkataan dakwah dan sebagainya sila keluar. perghh.. kagum aku weh. :)

    ReplyDelete
  3. kannn. hebakk orp ! dia tuh dai'e, sep sep IKRAM. klu mg penah dngar ah. aku join gok. sila la selalu ikuti prkmbngannya :) hehe

    ReplyDelete
  4. ouh, IKRAM ? tak penah dengar plk.:) pape pun, aku selalu jgk jenguk blog tuh. haha. beres2. :)

    ReplyDelete
  5. Saya memang nak berubah sekarang... setelah beberapa mimpi yang mengerunkan. Tetapi tunang saya kata mengapa secara mendadak nak berubah. Saya pun jawab, kenapa salahkah kan bagus dan saya sudah terbuka hati untuk tutup aurat. Ya memang saya dulu degil, tetapi saya ikhlas nak berubah. Esoknya tunang saya macam tidak suka berbual atau mesej dengan saya.Tunang dan saya sudah merancang nak naik pelamin tahun depan. Tetapi dia marah gitu saya nak berubah alim awal. Dia kata nanti sudah kahwin baru berubahla. Saya sangat stress sekarang.

    ReplyDelete